Wednesday 16 May 2012

Walimatul Urus



Assalamualaikum....


Harini, just nak kongsi serba sedikit tentang hukum-hukum yang orang kita selalu buat bila melangkah ke gerbang perkahwinan..Ada yang tahu, tapi still buat jugak. Walaupun haritu adalah hari bahagia korang, ia tetap tidak menghalalkan cara okay..So aku listkan beberapa perkara bagi mereka yang belom tahu lagi lah!..Yang dah tahu bleh bace jugak..hehe..Diharap dengan panduan ini, kita dapat menjadikan sebuah majlis perkahwinan yang berhak mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.



1. INAI
Selalu aku tengok orang kawen, mesti nak ukir-ukir kat tangan. Kononnya, cantik lahkan. Padahal dalam islam, inai hanya perlu dipakai di hujung jari je. Sunat bagi wanita baru berkawen untuk berinai di hujung jarinya sahaja. Ukir-ukir nih mirip amalan perkahwinan agama hindu. Lelaki pulak dah jadi trend je pakai inai 3 jari. Sepatutnya tak boleh oke, sebab inai tu perhiasan untuk perempuan. Ada hadis sahih yang melaknat kaum lelaki yang memakai perhiasan kaum wanita.




2. TEPUNG TAWAR, TABUR BERAS,RENJIS AIR MAWAR
Boleh, kalau pengantin adalah ayam..haha(bak kata uai)




3. BERSANDING
Kalau di hadapan lelaki bukan mahram..memang tidak dibenarkan.


Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)




5. TEPAK SIREH
Haram..Sebab tepak sireh wajib ada dalam hantaran kaum hindu. Bile sesuatu amalan tuh wajib dalam agama lain, maka ia akan dikira mengikut amalan agama tu. Lagipun, orang zaman sekarang, tak makan dah sireh-sireh nih. Kalo wat hantaran pon, membazir je. Last-last buang jugak kann..




6. UPACARA MEMOTONG KEK PERKAHWINAN

Perbuatan ini juga bukan berasal dari syariat Islam, bahkan berasal dari budaya orang kafir dari masyarakat Kristian. Malah ia juga menyerupai atau mengambil syi’ar kaum Majusi (penyembah api) sekiranya kek tersebut disertai dengan nyalaan lilin.




7. MEMBUKA AURAT
Ramai kaum wanita sekarang mendedahkan aurat bila melangsungkan perkahwinan. Ada jugak yang asalnya bertudung, tapi bila tiba hari perkahwinan sanggup buka tudung dan mendedah bahagian-bahagian aurat tertentu.
Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)




8. MENCUKUR KENING 
Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

No comments:

Post a Comment