Tuesday 22 May 2012

15 Kebaikan Teh Hijau


Assalamualaikum...



Green tea 


Hi korang! korang suka tak minum teh hijau? haa?tak suke??rugi-rugi..teh hijau ni mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, so banyak ler khasiatnya. Memang rasa dia tak sesedap teh yang selalu kita minum iaitu teh hitam (teh merah) sebab pahit. Tapi yang tak sedap tu lahh yang paling bagus dan terbaik. First time aku try minum, kena letak sesudu gula, kalo tak memang tekak aku xleh nak terime. Sekarang aku dah boleh minum teh hijau tanpa secubit gula pon..hihi..


Teh hijau sebenarnya berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia sinensis. Ia berasal dari Negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Di Jepun misalnya, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau ‘nihoncha’.  Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam.Teh hijau sesuai diminum di waktu pagi atau ketika minum petang. 




Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingatkan bahawa teh juga mengandungi kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.



Here are 10 - of many more health benefits that green tea offers.


1. Anti oksidan / awet muda

Teh hijau boleh melindungi kulit dari kesan bahaya sinaran UVIa juga membaiki tisu-tisu anjal yang membantu dalam  mencegah kesan-kesan penuaan.


2. Meransang penurunan berat badan dan membakar lemak

Menggalakkan pembakaran lemak. Mungkin adalah senjata paling berkesan bagi mereka yang ingin langsing dan menguruskan badan..hoho..


3. Melindungi fungsi ginjal


4. Mencegah diabetes


5.  Mencegah penyakit tulang 

Teh hijau mengandungi banyak flourida. Ini membantu ketumpatan mineral dalam tulang.


6. Mengurangkan risiko strok


7. Mencegah penyakit anemia


8. Membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan

Meningkatkan sistem imunisasi badan. Minum  teh hijausetiap hari boleh menyumbang kepada sistem imun yang lebih sihat dan badan anda boleh menghalang  jangkitan-jangkitan dengan berkesan.


9. Melancarkan sistem pencernaan


10. Membantu mengawal paras gula darah 


11. Mengawal tekanan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II.


12. Mencegah kerosakan gigi


13. Mempunyai kalsium

Bagi mereka yang tak minum susu, boleh gantikan dengan teh hijau. Yes!


14. Mencegah penyakit jantung


15. Mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser.



Aku suke yang lipton punye..tak pekat sangat.


Woww..banyak kan khasiat teh hijau nih..kalo tak tahan, minum slow-slow..lame2 ok lah..Rugi  tau tak cuba..huhu..

Selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment