Monday 14 May 2012

Khasiat Kekacang




Assalamualaikum..




Siapa suka kacang? Kalau tak suka, memang rugi a, sebab banyak giler khasiat kekacang nih tahu?? Ada pelbagai khasiat yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Antaranya, dapat merendahkan paras kolestrol dalam darah dan juga paras gula untuk pesakit diabetis.


Bagi gadis-gadis yang pentingkan kecantikan dan ingin mengekalkan secara semula jadi, amalkan je kekacang setiap hari. Ini kerana kekacang dapat mengekalkan keremajaan kulit uolls. kalo takat makan kacang je  tapi cara permakanan tidak sihat tak guna gak enn..huhu.



Bukan itu jek, kekacang juga dapat menggantikan daging merah kerana ia mempunyai khasiat sama iaitu memberi sumber tenaga dan kekuatan untuk melakukan aktiviti harian. ( haa, nasib baik ada kacang sebab aku memang tak makan daging ). Untuk pengidap darah tinggi pula, kekacang yang kaya dengan sumber potassium selain pisang, dapat mengurangkan risiko pesakit ini untuk mendapat serangan strok dan penyakit buah pinggang.



p/s : Mesti ada yang allegic ngan kacang kan? huhu.kesiannye..


No comments:

Post a Comment