Thursday, 26 April 2012

Kucing !

Assalamualaikum....


Dulu aku tak suka dan takda perasaan langsung nak bela kucing kat umah. Tapi sejak datang sekor anak kucing ni dengan kaki terhencut-hencut, muka sedehh je, rasa tak sampai hati pulok nak halau. So aku ngan kakak ak hambik dia and sapu ubat gamat kat kaki dia yang sakit tuh, pastu letak dalam bakul. Seminggu jugaklah  kaki dia nak baik. Lama-lama tengok, rasa comel pulak kucing nih. Sopan je. Tertib.(memanglah..sakit). Lepas sihat, ya..rabbi. Selok kemain berlari.



Hai nama saya, jiho..
( Masa mula-mula datang)


Jaga punya jaga, kucing nih makin lama makin degil sedegil degilnya. Hari-hari main kat sofa. Main cakar-cakar. Dah macam rutin harian plak. Mak aku buat muka je tanda protes.



Nak kena buang gamoknya..


Bila dah besar, sibok pulak nak berlaki. Passtu, bawak g klinik haiwan bagi tak mengandung. Doktor cakap tak boleh sebab dah pregnant. Huhuhu terlambat dohh..


And then, dapatlah 4 ekor baby. (x ingat berape bln pregnant). Sekor mati, tinggal 3 ekor. Lepas sebulan, jiho pregnant lagi. Aiseyy. anak jalan menggigil lagi, kau dah pregnat. aduyai.
So, kitorang decide buang jiho and jaga anak dia je. (sori jiho..)


j.j , sugar, jandi


Umur sugar tak panjang sebab sakit perut dan cirit birit. 2 hari tak makan. Pagi tuh tengok dah mati. sedehh sangat. Sejak haritu, kitorang selalu cakap camni "Kalau kita paksa dia makan, mesti tak mati kan" dan macam-macam kalau lagilah. Pagi jumaat tu tertengok Tanyalah Ustazah. Ustazah tuh cakap 'kalau' tu perkataan iblis. Bila kita cakap camtu, seolah-olah kita tak redho. (so,takleh cakap dah). Sekarang tinggal 2 ekor je.



j.j and jandi. Dapat kat mak aku jadi 'jandu' haha.

Sugar...
Hanya tinggal kenangan.
Kucing yang paling baik!
suka berkawan ngan ayam plak tuh.
comelnye....




No comments:

Post a Comment